Sarawak membuka pintu untuk menjadi tuan rumah kepada pelbagai aktiviti sukan lasak antarabangsa, dengan menawarkan pelbagai destinasi menarik di luar Kuching sebagai lokasi penganjuran.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dengan menjadi tuan rumah kepada ribuan peserta antarabangsa, ia akan membantu mempromosi lokasi menarik baharu di negeri ini ke peringkat global.